Thursday, 24 September 2015

Dasar Luar Malaysia

Aassalammualaikum & Salam sejahtera diucapkan kepada hadirin dan hadirat sekalian yang sudi mengunjungi blog kami yang tidak seberapa ini. Smoga usaha yang kecil ini dapat keberkatan & keredhaan daripadaNya dan moga2 kita dapat manfaat bersama-sama Insya'Allah.





Pengenalan



     Dasar luar Negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga boleh diibaratkan sebagai seorang manusia. Oleh itu, sesebuah negara perlulah menjaga keselamatannya. Kita semua ingin menjalankan tugas rutin harian tanpa diganggu atau diancam oleh pihak-pihak tertentu. Begitu juga sesebuah negara perlu mengekalkan kedaulatannya serta menjamin keselamatannya daripada serangan musuh. Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Kadangkala negara-negara kecil ini terpaksa mencari perlindungan daripada kuasa-kuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk mempertahankan kepentingan bersama.

         Keperluan asas negara yang berikutnya ialah mencari sumber pendapatan. Berdasarkan hal ini, sesebuah negara perlulah menjamin kepentingan ekonomi perdagangan yang menjadi punca pendapatannya. Oleh itu, sekiranya kita ingin memahami dasar luar sesebuah negara, kita mesti mengetahui keperluan asas negara itu dari segi keselamatan ekonomi dan politik. Di samping itu pula, kita mesti mengetahui tentang latar belakang sejarah dan kebudayaan masyarakat tersebut. 

Faktor-faktor Pembentukan Dasar Luar

    Gabungan faktor persekitaran, struktur politik demografi, keselamatan negara, faktor sejarah, ekonomi, undang-undang dan globalisasi menjadikan dasar luar Malaysia unik dan menunjukkan keprihatinan negara dalam menjaga kestabilan politik dan pembangunan negara


Penggubalan & Objektif Dasar Luar Negara









---->>> Objektif utama Dasar Luar Negara adalah memperlihatkan komitmen negara dalam menjaga keamanan & kestabilan negara Malaysia

Peranan Kementerian Luar Negeri 

    Kementerian luar negeri ialah sebuah agensi kerajaan yang diberi mandat dan tanggungjawab untuk mengendalikan hubungan luar Malaysia dengan Negara-negara asing. Ini merangkumi perkara-perkara berhubung dengan hubungan politik,hal ehwal keselamatan serta promosi sosial dan kebudayaan. Kementerian ini dipertanggungjawabkan untuk menepati objektif-objektif tersebut,menguruskan hubungan dua hala,hubungan serantau dan pelbagai hala dengan Negara-negara asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Hubungan ini merangkumi bidang politik,ekonomi dan kebudayaan. Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan Negara-negara asing. Mengendalikan aktiviti-aktiviti sokongan termasuk perkhidmatan,  pentadbiran am, kewangan, kaunselor, keselamatan dan komunikasi.

Keutamaan & Peranan Dasar Luar Malaysia

Peranan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ISI 1 

      Permulaannya ingin kami ulaskan sedikit iaitu ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila  beberapa buah negara termasuk Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Pengisytiharan ini telah ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein, Menteri Luar Indonesia, Dr. Adam Malik, Menteri Luar Thai, Thanat Khoman, Setiausaha Luar Filipina, Narciso Ramos, dan Menteri Luar Singapura, S.Rajaratnam. Pada dasarnya, Asean mempunyai matlamat yang sama dengan ASA. Ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di kalangan Negara anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain. 



  Di sini kita lihat tujuan didirikan Asean adalah untuk meningkatkan ekonomi, kemajuan sosial, pengembangan kebudayaan negara negara anggotanya, dan juga untuk memajukan perdamaian di tingkat regionalnya. Setiap bulan oktober Negara negara anggota ASEAN mengadakan rapat umum.

sejarah asean - negara anggota asean


ASEAN mempunyai prinsip prinsip utama, antara lain

  • Menghormati kemerdekaan, kedaulatan, kesamaan, integritas wilayah nasional, dan identitas nasional setiap negara
  • Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas dari pada campur tangan, subversif atau koersi pihak luar
  • Tidak mencampuri urusan dalam negeri sesama negara anggota
  • Penyelesaian perbedaan atau perdebatan dengan damai
  • Menolak penggunaan kekuatan yang mematikan
  • Kerja sama efektif antara anggota

Negara Anggota ASEAN

Anggota ASEAN yang dulunya hanya lima negara di Asia tenggara, sekarang telah menjadi sepuluh negara, yaitu sebagai berikut
  • Filipina negara pendiri
  • Indonesia negara pendiri
  • Malaysia negara pendiri
  • Singapura negara pendiri
  • Thailand negara pendiri
  • Brunei Darussalam bergabung pada 7 Januari 1984
  • Vietnam bergabung pada 28 Juli 1995
  • Laos bergabung pada 23 Juli 1997
  • Myanmar bergabung pada 23 Juli 1997
  • Kamboja bergabung pada 16 Desember 1998

Kerjasama  ASEAN mencakupi pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan keselamatan bersama kebudayaan, perindustrian & sebagainya

sumber rujukan :

https://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Negara-negara_Asia_Tenggara


Peranan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) ISI 2




       

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak  Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.

          Matlamat utama OIC adalah  untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam  bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain bagi berusaha untuk menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi dan menentang kolonial dalam semua bentuk dan untuk menyokong semua Muslim dalam usaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan antara jurang perbezaan budaya dunia.


         Peranan  OIC adalah "untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam; bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain; bagi berusaha untuk menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi dan menentang kolonial dalam semua bentuk; dan, untuk menyokong semua Muslim dalam usaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan antara jurang perbezaan budaya dunia dll".
       Organisasi ini ditubuhkan di RabatMaghribi pada 25 September 1969 dengan persidangan pertamanya berlangsung di Rabat pada 22 September hingga 25 September.
    Persidangan yang kesepuluh diadakan pada 16 dan 17 Oktober 2003 di PICC, Putrajaya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kini Malaysia adalah Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
    YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-HajPerdana Menteri Malaysia yang pertama pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama.
     Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir pada 12 Rejab 1389 Hijrah apabila pemimpin dunia bersidang buat pertama kalinya di Rabat, Maghribi bagi membincangkan strategi ummah berikut pembakaran Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis[5] yang menjadi kiblat pertama umat Islam. Mesyuarat persediaan di Rabat pada 8 dan 9 September dihadiri tujuh negara termasuk Malaysia bersetuju mencadangkan kepada Ketua negara dan kerajaan Islam supaya mengadakan sidang kemuncak Islam di Rabat. Jemputan dihantar kepada 25 negara itu yang dianjur oleh Raja Hassan II Maghribi, dan Malaysia diwakili oleh perdana menteri masa itu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sidang kemuncak berikutnya diadakan:-
  • Lahore, Pakistan (1972)
  • Makkah/Taif, Arab Saudi (1981)
  • Casablanca, Maghribi (1984)
  • Dakar, Senegal (1991)
  • Casablanca, Maghribi (1994)
  • Teheran, Iran (1997)
  • Doha, Qatar (2000)
  • Putrajaya, Malaysia (2003)
Objektif penting pertubuhan ini adalah untuk mewujudkan kerjasama antara secara negara islam dalam pelbagai bidang.

Bahana rujukan:https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kerjasama_Islam 

Peranan Pertubuhan Negara-negara Bekas Jajahan British (KOMANWEL) ISI 3
      Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1931Pertubuhan ini dianggotai oleh  negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka. Anggota pertubuhan ini diantara 54 negara maju dan negara sedang membangun. Sekretariat Komanwel ditubuhkan pada tahun 1965, manakala  beribu pejabat ditubuhkan di London.Pertubuhan ini dapat  membina semangat setia kawan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Selepas merdeka, negara Komawel membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara menyekat perjuangan PKM. 


 Tujuan Penubuhan Komanwel :-
  • Mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota.
  • Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di kalangan negara anggota.
  • Menjaga kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota.
  • Memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan Britain terutama untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di Britain.
  • Pakar-pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi kepakaran negara anggota.
  • Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan Pelajaran Komanwel.
Negara-Negara Anggota :-
  • Antigua and Barbuda
  • Australia
  • The Bahamas
  • Bangladesh
  • Barbados
  • Belize
  • Botswana
  • Brunei Darussalam
  • Cameroon
  • Canada
  • Cyprus
  • Dominica
  • Fiji Islands
  • The Gambia
  • Ghana
  • Grenada
  • Guyana
  • India
  • Jamaica
  • Kenya
  • Kiribati
  • Lesotho
  • Malawi
  • Malaysia
  • Maldives
  • Malta
  • Mauritius
  • Mozambique
  • NamibiaNauru
  • New Zealand
  • Nigeria
  • Pakistan
  • Papa New Guinea
  • St Kitts and Nevis
  • St Lucia
  • St Vincent and the Grenadines
  • Samoa
  • Seychelles
  • Sierra Leone
  • Singapore
  • Salomon Islands
  • South Africa
  • Sri Lanka
  • Swaziland
  • Tonga
  • Trinidad and Tobago
  • Tuvalu
  • Uganda
  • United Kingdom
  • United Republic
  • United Republic of Tanzania
  • Vanuatu
  • Zambia
Peranan Malaysia adalah :- 
  • Menyuarakan rasa tidak puas hati dan tentangan terhadap dasar apartheid di Afrika
    Selatan.
  • Menyokong sepenuhnya sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar
    apartheid dijalankan oleh orang kulit putih.
  • Menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel.
  • Pada tahun 1989, Malaysia telah menganjurkan CHOGM di Kuala Lumpur. Malaysia telah membangkitkan isu alam sekitar dan hak asasi manusia dengan mengeluarkan Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar.
  • Malaysia telah memberikan maklumat tentang benih pokok getah dan cara menanam
    getah kepada Sri Lanka.
  • Malaysia turut memberi biasiswa kepada pelajar Britain, India, New Zealand dan lain-lain
    Negara untuk belajar di negara kita.
Faedah Malaysia Menyertai Komenwel
  • Apabila Malaysia menyertai Komanwel, Malaysia dapat memeterai perjanjian  pertahanan dengan Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand.
  • Ketiga-tiga negara (Britain, Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa konfrantasi Indonesia.
  • Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui perjanjian ini Britain secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh.
  • Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sector ekonomi perlombongan dan perladangan.
  • Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand.. 
    Hasil penubuhan KOMANWEL, Malaysia mendapat banyak faedah seperti pembangunan sektor pendidikan, pertahanan, ekonomi, teknologi, pertahanan & sebagainya

Sumber :
Wong Khek Seng, Raminah Hj Sabran & Kok Meng Kee (2004). Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.




Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ISI 4
     Pertubuhan ini telah ditubuhkan secara rasmi tahun 1945Ibu pejabat terletak di San Francisco (asal) berpindah ke New York pada tahun 1946. Pada peringkat awal pertubuhan, hanya 51 buah anggota telah menyertai. Pada tahun 2002, anggota pertubuhan ini telah meningkat kepada 191 buah anggota.Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemedekaan. Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.
      Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di San Francisco, Amerika Syarikat. Bilangan negara anggota PBB bertambah kepada 191 buah negara. Matlamat–matlamat utama PBB ialah:

i.              Mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia
ii.             Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang-bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan
iii.            Melindungi hak-hak asasi manusia tanpa mengira jaum,jantina atau agama.

Antara program yang dilaksanakan oleh PBB ialah:

i.              Majlis Perhimpunan Agung
ii.             Keselamatan bagi menentukan dan memutuskan isu-isu keselamatan melalui kuasa veto.
iii.            Majlis Ekonomi dan Sosial PBB bagi meningkatkan taraf hidup.
iv.           Bantuan kecemasan kepada mangsa peperangan, terutama kanak-kanak.
v.            Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.



Strategi yang digunakan oleh PBB bagi mencapai matlamat yang telah digariskan ialah:

i.              Persidangan perwakilan negara anggota bagi menyelesaikan masalah pertikaian yang melibatkan negara-negara anggota.
ii.             Menyelesaikan sebarang isu atau pertelingkahan dunia.
iii.            Mengadili sebarang pertikaian antarabangsa.
iv.           Mengendalikan program PBB melalui agensi termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang-Orang Pelarian (UNHCR), Rancangan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
v.            Khemah-khemah pelarian sebagai penempatan pelarian didirikan untuk berlindung, memperoleh makanan, pakaian dan perubatan.
vi.           Membantu pelarian Vietnam dan Kampuchea dan mendirikan penempatan sementara.

Keahlian PBB terbuka kepada semua negara yang merdeka dengan syarat mereka bersetuju menerima Piagam PBB.  Badan-badan PBB yang utama ialah:

(1)          Majlis Perhimpunan Agung
(2)          Majlis Keselamatan
(3)          Majlis Amanah
(4)          Majlis Ekonomi dan Sosial
(5)          Mahkamah Pengadilan Antarabangsa
(6)          Sekretariat


    Ketua PBB ialah Setiausaha Agung. Setiausaha Agung PBB yang pertama ialah Trygve Lie dari Norway. Keputusan Perhimpunan Agung mengenai perkara-perkara yang mustahak dibuat berasaskan sokongan 2/3 daripada ahli-ahli yang hadir. Keputusan mengenai perkara-perkara lain hanya memerlukan sokongan lebih suara.

   Persekutuan Tanah Melayu menyertai PBB pada tahun 1957 dan meneruskannya selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Malaysia merupakan penyokongnya yang kuat.

    Bagi menjamin dan memastikan peranan Malaysia yang aktif dalam PBB, Malaysia melalui Kementerian Luar Negara, khususnya melalui Jabatan Bahagian Politik Pelbagai Hala bertindak merumuskan pendirian dan peranan Malaysia di pertubuhan tersebut[13].

  Selaku ahli PBB, Malaysia menyertai secara aktif dalam perbincangan PBB dengan menyuarakan pendirian mengenai pelbagai isu yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia dan negara-negara membangun.
Bukti komitmen Malaysia terhadap perkembangan dunia yang aman dan adil ialah penyertaan Malaysia dalam sembilan misi pengaman PBB seperti di Congo, Bosnia-Herzegovina, Angola, Timur Leste dan lain-lain. Selain itu, Malaysia juga telah dilantik untuk menganggotai Majlis Keselamatan PBB dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB. 

Penglibatan Malaysia dalam PBB memperlihat Malaysia mampu menjadi negara contoh kepada negara-negara maju & membangun

SUMBER :

i. Buku Pengajian Malaysia Edisi Kelima m/s 468-469
ii. 
http://semekarcintaku.blogspot.com/2012/09/pertubuhan-bangsa-bangsa-bersatu.html

Peranan Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) ISI 5
  

   Matlamat NAM ialah Mengekalkan keamanan dunia. Nam Tidak menyokong blok barat atau blok komunis. Nam juga Mengelak campur tangan asing dalam hal ehwal sesebuah Negara. Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan persefahaman.


   Nam menghormati hak asasi manusia. Nam Membela kepentingan
 Nam juga Membela isu Palestin. NAM juga melaksanakan kerjasama ekonomi. Matlamat lain ialah membincangkan isu Antartika dan Cadangan menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan. Pada bulan Februari, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan. Malaysia kini ialah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota, iaitu 2/3 daripada jumlah keanggotaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Pertubuhan ini berpegang kepada konsep berkecuali, iaitu tidak berpihak kepada mana-mana pihak sama ada Blok Timur atau Blok barat. 



 


Malaysia telah diberi penghormatan apabila telah dilantik menjadi Naib Presiden NAM dalam persidanganya di Belgrade pada tahun 1989.  Dalam persidangan ini, Malaysia telah dilantik menganggotai  kumpulan 15 (G-15) yang merupakan sebuah kumpulan elit yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu yang  berkaitan dengan kerjasama  politik dan ekonomi negara-negara anggota NAM. Pada bulan Februasri 2003, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan

Sehingga kini terdapat sejumlah 114 negara yang menganggotai NAM yang selain dari Malaysia antaramya adalah Afghanistan, Bangladesh, Brunie Darussalam, Palestin , Madagascar, Sri Langka, Singapura , Vietnam, Venezuela, Timour Leste, Somalia, Thailand dan lain-lain lagi.


Pengajaran & Kesan Dasar Luar Malaysia
  • Setiap negara mempunyai kelebihan yang tersendiri. Justeru itu, Malaysia perlu bijak mengatur strategi bagi memastikan setiap hubungan luar negara memberikan faedah kepada pembangunan negara.
  • Hubungan luar negara sangat baik kerana Malaysia bukan sahaja boleh melakukan kerjasama politik, malahan untuk pembangunan ekonomi dan sosial pada masa ini dan masa akan datang.
  • Hubungan luar negara yang baik, menyebabkan Malaysia terkenal di mata dunia. Hasilnya Malaysia telah dilantik menjadi tuan rumah kepada beberapa persidangan antarabangsa seperti CHOGM, Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa, Sukan KOMANWEL dan sebagainya.
  • Hubungan luar negara juga akan dapat memelihara kedaulatan negara Malaysia dan sekali gus disegani oleh negara-negara lain.
Kesimpulan 
   Kisimpulan yang kami dapat simpulkan disini adalah isu-isu keprihatinan negara yang meliputi aspek dasar luar Malaysia, Hal ini kerana memandangkan aspek-aspek inilah yang menjadi antara penentu kepada jatuh dan bangun negara bangsa Malaysia pada masa ini dan masa akan datang. Jika negara kita khususnya MALAYSIA gagal dalam dasar luar, ekonomi negara menjadi tidak kompetitif, keselamatan negara akan terancam. 




No comments:

Post a Comment